Friday, March 23, 2012

SITUASI 15- bahasa slanga

Anda pasti biasa mendengar istilah bahasa slanga. Bahasa slanga menurut Kamus Dewan ialah kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi. Bahasa ini umumnya digunakan oleh golongan remaja dalam komunikasi sesama mereka, contohnya dalam situasi di bawah:

                          

Antara istilah bahasa slanga yang terdapat dalam video tersebut ialah lu, gua, blah, pegi mam dan apehal. maksud istilah-istilah tersebut ialah seperti berikut:

lu            : awak
gua          : saya
blah         : pergi
pegi mam : berambus
apehal     : kenapa
P/s: Bahasa ini tidak sesuai untuk digunakan dalam percakapan seharian kerana dilihat tidak sopan atau tidak mempunyai kesantunan dalam berbahasa.

Thursday, March 22, 2012

SITUASI 14- bahasa rojak

Bahasa rojak ialah satu jenis percakapan di Malaysia yang menggunakan amalan beralih kod, iaitu mencampurkan pelbagai jenis bahasa dalam satu pertuturan. Bahasa ini juga bersamaan dengan pijin, Manglish dan Singlish. Namun begitu, bahasa dasarnya ialah bahasa Melayu. Manglish ialah percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, contohnya seperti berikut:




Wednesday, March 21, 2012

SITUASI 13- acu cuba try test

Acu try cuba test. Aku selalu juga mendengar seseorang menggunakan ungkapan ini apabila menyuruh seseorang untuk mencuba sesuatu. 'Acu' dalam dialek Kelantan bermaksud cuba, 'try' dan 'test' juga membawa maksud yang sama. Aku juga pelik mengenai penggunaan ungkapan ini. Jika ditanya kepada cikgu  bahasa Melayuku, katanya penggunaan ungkapan ini dianggap lewah. Namun begitu, aku juga pernah menggunakannya, terutamanya apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berasal dari Kelantan. Hal ini pernah berlaku semasa aku berbual dengan rakan sebilikku, iaitu seperti perbualan di bawah :
Rakan  : Intan, cerek ni rosak la.
Aku     : Ye ke? Semalam ok je.
Rakan  : Semalam memang ok. Tapi sekarang ni mentol kecil ni tak menyala. Mesti dah rosak ni.
Aku     : Acu try cuba test dulu. mungkin mentol je yang rosak.
Rakan  : Wah, acu lagi, try, lagi, cuba lagi, test pun ada! Intan ni, semua sama maksud je la.
Aku     : Ops, maaf! Silap la.
Begitulah keadaannya. Aku dan rakanku itu hanya tertawa sesama sendiri.



Tuesday, March 20, 2012

SITUASI 12- bahasa rahsia

Bahasa rahsia ialah bahasa yang digunakan oleh seseorang atau sesebuah pihak untuk berkomunikasi mengenai sesuatu yang sulit. Bahasa ini biasanya digunakan oleh anggota perisikan, pihak polis atau pengedar dadah. Namun begitu, sewaktu di sekolah rendah dahulu, saya juga pernah menggunakan bahasa rahsia. Bahasa ini digunakan semasa berbual dengan rakan-rakan yang rapat supaya tidak diketahui oleh orang yang tidak sepatutnya. Namun begitu, bahasa yang kami menganggapnya sebagai rahsia tidak seperti dahulu lagi. Hal ini demikian kerana, bahasa tersebut telah dapat difahami oleh sesiapa sahaja. Tambahan pula, bahasa ini amat mudah untuk dipelajari dan digunakan. Contoh perbualan yang menggunakan bahasa rahsia dapat dilihat pada situasi di bawah:
afakufu geferamfam lahfah defenganfan difiefe tufu! = aku geramlah dengan die tu!afakufu punfum safamafa = aku pun sama...
kefenafapafa? cefe cifiterfer.. = kenapa? ce citer...

Monday, March 19, 2012

SITUASI 11- bahasa sms

Bahasa sms ialah bahasa yang digunakan semasa kita menghantar pesanan ringkas kepada seseorang dengan menggunakan telefon bimbit. Oleh sebab ia dikenali sebagai pesanan ringkas, maka pesanan yang ingin diberikan sangat ringkas sehingga maksudnya sebenarnya sukar untuk difahami, contohnya seperti di bawah. 
Saya mempunyai seorang rakan yang berasal dari Sarawak. Dia pernah menghantar mesej sebegini kepada saya. Pada masa itu, penggunaan 'otw' ialah satu ungkapan yang baharu dalam bahasa sms. Jadi, saya tidak memahaminya dan menganggapnya sebagai salah satu dialaek yang digunakan oleh masyarakat Sarawak. Saya ada bertanya kepada rakan yang ada bersama saya pada masa itu. Dia juga menganggapnya sedemikian dan turut tidak memahaminya. Setelah rakan yang menghantar itu sampai ke kelas, saya bertanya kepadanya tetntang maksud 'otw' itu. Rupa-rupanya 'otw' ialah on the way yang bermaksud dalam perjalanan. Kami mula tertawa antara satu sama lain. Tetapi, itu dahulu. Sekarang,  saya juga sering menggunakan ungkapan itu kerana sangat ringkas dan cepat.

Friday, March 16, 2012

SITUASI 10- tegur-menegur budaya kita

Anda pasti pernah melakukan hal yang sama seperti yang telah ditunjukkan oleh pelawak itu tadi. Saya juga pernah berbuat begitu. Sebenarnya, kita menegur seseorang sedemkikan rupa kerana ingin bermesra dan tidak mahu dikatakan sebagai seseorang yang sombong. Kadang-kadang, teguran seperti itulah yang membolehkan kita untuk memulakan sesebuah perbualan dengan seseorang yang akhirnya menjadikan perbualan itu lebih rancak. Contohnya, situasi di dapur di rumah sewa yang saya duduki sekarang. Saya melihat seorang penghuni baharu rumah sewa saya itu sedang memasak. Jadi, saya mula menegurnya sepeti di perbualan di bawah.
Saya  : Masak ke.
Rakan: Ye, masak sedikit.
Saya  : Masak apa tu?
Rakan: Masak Tom Yam saja. Akak, nak masak juga ke?
Saya  : Akak dah masak tadi. Selalu masak ke?
Rakan: Tak juga. Masa tak ada kelas boleh la masak.
Perbualan berterusan sehinggalah rakanku itu siap memasak. Walaupun perbualan kami hanya dimulakan dengan soalan yang tidak sepatutnya, namun banyak perkara yang kami bualkan, terutamanya mengenai memasak. 

Thursday, March 15, 2012

SITUASI 9-sabtu 7 malam

Aku telah pergi ke pekan Tanjong Malim bersama rakanku untuk membeli tiket bas bagi pulang kekampung pada cuti pertengahan semester ini. Apabila sampai di kaunter tiket, beginilah perbualan antara aku dengan penjaga kaunter.
Penjaga kaunter: Ye dik, nak ke mana?
Aku:                  : Nak ke Jerteh.
Penjaga kaunter: Bila tu dik?
Aku                  : 7 malam. Hari  Sabtu.
Penjaga kaunter: Hah, 7 malam! Pukul 7 tak ada dik. Pukul 8 ada.
Aku                  : Eh, maaf akak! Maksud saya 7 April, hari Sabtu.
Masing-masing tertawa kerana berlaku salah faham akibat kesilapanku itu. Penjaga kaunter itu mungkin terfikir bahawa aku ingin pulang ke kampung pada hari Sabtu yang terdekat ini. Aku pula terlupa bahawa tarikh yang aku inginkan itu masih lama lagi. Setelah selesai membeli tiket, aku terus berlalu sambil memerhati tiket yang telah dibeli.


            Inilah tiket yang aku katakan tadi. Sangat tak sabar untuk pulang ke kampung.