Bagiku, budi bahasa budaya kita bermaksud sikap bersopan santun dalam perlakuan dan percakapan merupakan amalan yang amat bersinonim dengan masyarakat Melayu. Namun begitu, tidak semua masyarakat di Malaysia mengamalkan perkara yang tersirat di sebalik slogan ini. aku berkata sedemikian kerana baru-baru ini aku dan rakanku telah mengalami situasi yang amat tidak menyenangkan hati kami, iaitu seorang peniaga tidak mengamalkan sikap berbudi bahasa kepada pelanggannya.
Rakan : Pak cik, berapa harga baju ini?
Peniaga : Buat apa nak tanya, bukan kamu beli pun.
Aku dan rakan terdiam seketika.
Peniaga : Datang sini, tanya harga berapa. Tengok-tengok barang, lepas tu cakap mahal. Tak beli pun.
Aku : Pak cik, biasa la adab orang berniaga. Tak semua pelanggan suka dengan barang yang kita jual. Mungkin harganya tak berpatutan.
Rakan : Betul tu pak cik. Lagipun, banyak lagi kedai di sekitar sini yang menjual barang yang sama seperti kedai pak cik. Mereka ada hak untuk buat pilihan.
Peniaga lain : Pak cik ni memang macam ini. Garang tak bertempat. Sebab tu pelanggan lari. Bukannya nak mesra pelanggan.
Aku : Betul tu pak cik. Pak cik tak boleh la marah-marah selalu.
Aku dan rakan: Budi bahasa budaya kita.
Peniaga itu hanya tersenyum dan kami terus berlalu pergi dari kedai itu.
No comments:
Post a Comment