Pak cik atau abang? Aku sering keliru dalam hal ini. Kekeliruan ini timbul apabila seseorang lelaki itu berumur dalam lingkungan 30 hingga 40-an. Kadang- kadang terdapat juga lelaki yang berumur 40 ke atas dilihat seperti berumur 30-an. Situaisi ini sering timbul apabila aku berhadapan dengan pemandu bas UPSI. Sekiranya ingin memberitahu sesuatu kepadanya, aku keliru untuk menggunakan kata panggilan yang sesuai kepadanya. Sekiranya aku memanggilnya
abang, aku mungkin dilabelkan sebagai seseorang yang 'gatal', namun jika aku memanggilnya
pak cik, mungkin empunya diri berasa tidak selesa kerana aku telah menganggapnya sebagai seseorang yang tua walau hakikatnya dirinya masih dalam lingkungan umur yang muda. Jadi, sebagai langkah yang selamat, eloklah jika aku memanggilnya sebagai encik. Apa pendapat kawan-kawan?
|
abang dan pak cik |
No comments:
Post a Comment