Anda pasti biasa mendengar ungkapan ini "diam tandanya setuju". Namun begitu, hal ini pula berbeza dengan situasi yang berlaku pada saya. Kisahnya bermula begini. Pada suatu petang, seseorang telah menghantar pesanan ringkas kepada saya yang berbunyi begini
"Intan, akak minta maaf sebab dah rosakkan barang Intan. Akak, betul-betul tak sengaja. Nanti akak, gantikan yang lain."
Aku hanya terdiam apabila mendapat pesanan ringkas itu dan tidak juga membalasnya. Kemudian, aku menerima satu lagi pesanan yang menyatakan hal yang sama dan menambah lagi bahawa dia akan menggantikannya pada keesokan harinya. Aku masih seperti tadi, iaitu tidak membalas pesanannya. Apabila aku pulang ke rumah, aku sangat terkejut kerana dia telah menggantikan barang kepunyaanku yang rosak itu dengan yang baharu.
Aku terus berkata kepadanya, "kenapa akak belikan yang baru, yang lama rosak sedikit sahaja."
Dia pula berkata "tak apa Intan, lagipun memang akak yang rosakkannya." "Akak beli yang baharu sebab akak fikir intan marahkan akak kan?" aku cuba meneka.
Aku menambah lagi "akak mungkin berprasangka begitu sebab intan tak balas mesej akak kan?"
Dia hanya terdiam sambil tersenyum. Pada masa itu, saya berasa sangat bersalah atas tidakanku yang tidak membalas pesanan ringkasnya. Kemudian, saya terus meminta maaf darinya kerana semasa saya menerima pesanan itu, saya sangat sibuk dan saya hanya bersikap endah tak endah terhadap pesanan itu. Jadi, berdasarkan situasi yang saya ceritakan tadi, saya dapat memberi ungkapan baharu terhadap kata-kata yang saya sebutkan pada permulaan cerita ini tadi, iaitu "diam tandanya marah". Adakah anda bersetuju dengan pernyataanku ini?