Bahasa sms ialah bahasa yang digunakan semasa kita menghantar pesanan ringkas kepada seseorang dengan menggunakan telefon bimbit. Oleh sebab ia dikenali sebagai pesanan ringkas, maka pesanan yang ingin diberikan sangat ringkas sehingga maksudnya sebenarnya sukar untuk difahami, contohnya seperti di bawah.
|
Saya mempunyai seorang rakan yang berasal dari Sarawak. Dia pernah menghantar mesej sebegini kepada saya. Pada masa itu, penggunaan 'otw' ialah satu ungkapan yang baharu dalam bahasa sms. Jadi, saya tidak memahaminya dan menganggapnya sebagai salah satu dialaek yang digunakan oleh masyarakat Sarawak. Saya ada bertanya kepada rakan yang ada bersama saya pada masa itu. Dia juga menganggapnya sedemikian dan turut tidak memahaminya. Setelah rakan yang menghantar itu sampai ke kelas, saya bertanya kepadanya tetntang maksud 'otw' itu. Rupa-rupanya 'otw' ialah on the way yang bermaksud dalam perjalanan. Kami mula tertawa antara satu sama lain. Tetapi, itu dahulu. Sekarang, saya juga sering menggunakan ungkapan itu kerana sangat ringkas dan cepat. |
No comments:
Post a Comment