Setiap orang pasti pernah berurusan dengan pihak bank. Di sini aku ada sebuah cerita mengenai rakanku yang telah berurusan dengan pihak bank kerana berlaku kesilapan mentransaksikan wang. Oleh itu, aku dan beberapa orang rakan yang lain telah menemaninya untuk merujuk kesilapan tersebut kepada pihak bank. Di bank itu, kami telah berurusan dengan seorang juruwang lelaki. Umurnya mungkin dalam lingkungan 25-30 tahun. Pada mulanya, kami memanggilnya dengan panggilan encik. namun begitu, salah seorang dari rakanku telah memanggilnya dengan panggilan "abang". Aku melihat juruwang itu memberikan reaksi seakan-akan terkejut atau pelik dengan panggilan itu. Bagiku juga pelik kerana setahu aku panggilan rasmi perlu digunakan jika melakukan urusan rasmi. Namun begitu, kami hanya tersenyum sesama sendiri. Bagiku juruwang itu terkejut kerana dia berpendapat bahawa orang yang berpelajaran seperti kami sudah mengetahui cara bercakap semasa melakukan urusan rasmi. Tetapi, bagiku itu hanyalah perkara biasa kerana setiap pasti akan melakukan kesilapan termasuklah diriku sendiri.
No comments:
Post a Comment