Dialek
ditakrifkan sebagai variasi bahasa yang berbeza-beza menurut pemakai, misalnya
bahasa dari suatu daerah tertentu, kelompok sosial tertentu atau kurun waktu
tertentu.
Dialek
Terengganu ialah dialek yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang tersebar di
kawasan Terengganu. Ciri-ciri inilah yang membezakan dialek ini daripada
dialek-dialek yang lain. Dialek Terengganu boleh dibahagikan kepada beberapa
subdialek yang lain iaitu subdialek Ulu Telemong, Jerangau, Kuala Jengai,
bandar Kuala Terengganu, Ulu Nerus dan Ulu Dungun. Di bawah ialah contoh kata penguat yang digunakan dalam dialek Terenggganu.
Dialek
Terengganu Bahasa Melayu
/ # tawɔ hebber # / ertinya ‘sangat
tawar’
/ # manih ləttiŋ # / ertinya ‘sangat
manis’
/ # puteh lləpuɁ # / ertinya ‘sangat putih’
/ # busuɁ kkɔhɔŋ # / ertinya ‘terlalu busuk’
/ # kuneŋ ssioɁ # / ertinya ‘kuning terang’
Dengarkan lagu dalam dialek Terengganu.
No comments:
Post a Comment