Pada suatu petang setelah kelas tamat, aku dan rakanku ke hadapan kelas untuk berjumpa dengan pensyarah kami bagi bertanyakan bayaran bukunya. beginilah kisahnya.
Rakanku: Prof, boleh tak jika buku itu dibayar dengan baucar?
Prof : Saya bukan pemilik kedai buku. Jawabnya ringkas sambil tertawa.
Aku dan rakanku turut tertawa dengan jawapannya walaupun tidak menjawab pertanyaan kami dengan sebetulnya.
Tambahnya lagi "saya bukan peniaga."
Kami bertiga terus tertawa dek jawapannya yang amat ringkas tetapi mempunyai makna tersirat walaupun tidak menjawab soalan kami secara terus. Kami terus berlalu untuk pulang ke kolej sambil tertawa sesama sendiri kerana memikirkan jawapan pensyarahku tadi. Aku tahu, jawapannya itu bukanlah sebagai sindiran, tetapi hanyalah gurauan. namun begitu, jika jawapannnya itu tanpa senyuman atau hilai tawa, aku pasti mengganggapnya sebagai sindiran buat kami.
Jadi, di sini dapat dikatakan bahawa percakapan seseorang mempunyai pelbagai maksud tersirat bergantung kepada situasi ataupun keadaan sekeliling.
Inilah baucar buku yang kami katakan tadi.
No comments:
Post a Comment