Panggilan untuk ibu saya ialah 'ma'. Panggilan bagi anda pula mungkin mama, umi, emak, mak dan lain-lain lagi. Apabila disebut mengenai mak, saya teringat akan peristiwa di kedai makan tadi. Petang tadi saya dan beberapa orang rakan singgah sebentar di sebuah kedai makan untuk membeli Tom Yam Ayam bagi makan malam kami. Kami sengaja memilih kedai itu kerana kelihatan pelanggan tidak terlalu ramai supaya dapat segera pulang ke rumah kerana waktu sudah terlalu lewat. Namun begitu, aku sangat kecewa dan geram kerana tiada seorang pun yang datang mengambil pesanan dari kami walaupun hampir sepuluh minit kami menunggu. Oleh itu, aku mula memberi salam.
Kemudian muncul seorang wanita yang sudah lanjut usianya lalu berkata, "maaf nak, mak seorang je sekarang ni."
"Mak tak sempat nak ambil pesanan sebab mak nak masak untuk pelanggan di sana dahulu," tambahnya lagi sambil menunjukkan beberapa orang pelanggan di meja belakang kami.
Aku terus tersenyum dan berkata "maaf mak cik, kami tak tahu."
Pada mulanya aku berasa geram kerana terlalu lama menunggu, tetapi apabila mak cik itu menyapa kami dengan sangat baik, aku mula berasa lega. Tambahan pula, dia membahasakan dirinya sebagai 'mak'. Sungguh indah kata panggilan itu. Lebih-lebih lagi bagi kami yang sedang merindui emak di kampung.
sangat merindui 'ma yang berada di kampung sekarang'
sangat merindui 'ma yang berada di kampung sekarang'
No comments:
Post a Comment