Monday, March 12, 2012

SITUASI 6-doh... der... bro...

"Sakit doh..!"
Anda pernah dengar atau menggunakan ungkapan ini atau tidak? Bagi anda apakah yang di maksudkan dengan 'doh' itu? Saya pernah diberitahu oleh rakan-rakan bahawa 'doh' sebenarnya singkatan dari kata sifat bodoh. Jika mengikut hukum tatabahasa penggunaan perkataan ini telah menggunakan kata singkatan seperti 'engkau' menjadi 'kau', 'aku' menjadi 'ku' dan lain-lain lagi. Bagi saya perkataan ini sangat tidak sopan untuk digunakan dalam pertuturan seharian terutamanya oleh golongan pelajar. Perkataan ini dapat diandaikan seperti seseorang telah menggelarkan kita sebagai seorang yang bodoh. Apakah yang anda rasa jika seseorang mengatakan anda adalah seorang yang bodoh. Bagi saya, ungkapan ini sangat tidak wajar digunakan kerana pertuturan ini kelihatan tidak sopan atau dengan kata lain bersikap biadap. Terdapat juga kata singkatan lain yang sering digunakan oleh golongan muda pada masa kini, iaitu 'bro' atau 'der' yang disingkatkan dari perkataan brother, contohnya sebuah rancangan jenaka yang dikenali sebagai Lawak ke Der. 
Di sini saya sertakan satu video dari rancangan lawak ke der.




                                         semoga terhibur...

No comments:

Post a Comment